Friday, February 13, 2009

FnR- Penapis Air Nano Aura

Kualiti air paip tidak dapat di kawal di peringkat awal punca air disebabkan oleh infrastruktur bekalan air di Malaysia sudah ujud sejak di awal lagi. Sistem penggunaan paip besi sudah digunakan dengan meluas, jadi pengubahan sistem saluran air mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan kos-kos bagi pihak pembekal.
Klorin pula terpaksa digunakan oleh pembekal bekalan air kerana ia adalah sebahagian dari proses pembersihan air dari takungan bekalan air yang telah difahami datang dari berbagai-bagai punca.

Mahu tidak mahu hanya satu cara untuk memastikan air minuman anda benar-benar bersih dari segi kesihatan ialah dengan menggunakan penapis air di rumah. Diatas kesedaran betapa pentingnya penggunaan penapis air tambahan bagi setiap rumah di Malaysia, ada banyak pengeluar telah berusaha mengeluar dan mengedar penapis air di Malaysia, tapi yang mana satukah harus anda pilih?

APAKAH KELEBIHAN FnR NANO ENERGY WATER FILTER

Boleh dikatakan 'air tenaga' yang dihasilkan mempunyai kesan yang sama bagi tiap jenis penapis air tenaga. Ada yang memanggil produk mereka bio, aura, nano, life dan sebagainya.

Ciri penting penapis FnR water filter adalah :

1.Membuang bahan cemar seperti kuman, organik/bukan organik, logam berat, kimia
2.Mengandungi oksigen yang tinggi.
3.Molikul air bersifat halus dan kecil
4.Mineral dan nutrien tidak terbuang semasa proses
5.Air beralkali (untuk keseimbangkan asid dalam tubuh)
6.Kualiti air yang tetap dan tidak diragui kerana bahan penapisan yang berkualiti
7.Air tidak terbuang semasa proses
8.Menjimatkan, tidak menggunakan tenaga elektrik
9.Direka supaya proses penyelenggaraan alat yang mudah. (hanya tekan butang
untuk membuka)
10.Terbukti di pasaran global
11.Diiktiraf oleh badan-badan yang mengukur tahap kualiti seperti ISO9002,Material
FDA Approved, NSF, SIRIM, Member of Water Quality Association, QWG, Nanometer
Energy Filter dan MATRADE.